Pernahkah kita terfikir,, setiap kali kita hembuskan nafas dalam dunia ini
selagi itu rahmat Allah s.w.t terhadap kita tidak putus,,, tapi pernahkah kita besyukur,,
selagi kita masih bernyawa di dunia ini,, kasih sayang Allah s.w.t masih bersama kita,,
namun,, pernahkah kita mengingati Dia di hati kita,, mengucapkan zikir di lidah kita,,
setiap rezeki yang Allah s.w.t beri kita,, pernahkah kita mengucapkan ALHAMDULILLAH,,
Pernahkah apabila kita gagal dalam sesuatu,, kita tangisi kegagalan itu,
pernahkah apabila kita ditinggalkan oleh manusia,, kita tangisi peninggalan itu,,
tapi pernahkah apabila kita meninggalkan solat,,, pernahkah kita tangisi perbuatan itu,,
fikirkanlah,,” Orang yang cintakan dunia tidak akan merasa Allah SWT, Allah SWT akan
menilai orang tersebut dengan nilaian seekor nyamuk”.
Kitab Tazkirah Awliya’. m/s: 84-85.
Pernahkah kita terfikir masa untuk kita hidup d dunia ini adalah amat singkat,,
bagaikan seorang pengembara yang berehat sementara dibawah teduhan dan kemudian
meneruskan perjalanannya,,
Tapi pernahkah kita menggunakan masa yang diberikan itu dengan sebaiknya,,
“ Demi masa. Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman
dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk
kesabaran.” (Al-‘Asr 103;1-3)
pernahkah kita terfikir,, betapa hinanya kita untuk melawan hukum Allah s.w.t,,
betapa jahilnya kita untuk tidak mengamalkan sunah Rasulullah s.a.w,,
Islam adalah cara hidup,, cara hidup Islam adalah sempurna,,
“Pada hari ini telah Aku sempurnakan agamamu dan telah Aku cukupkan nikmatKu atasmu dan
Aku redha Islam sebagai agamamu” (Al-Maidah 5:3)
Namun,, kenapa kita masih mahu ikut lagi cara hidup yang tidak jelas itu,,
Kenapa mahu minum dan makan benda yang hukumnya haram,,
Kenapa mahu pakai pakaian yang mendedahkan sesuatu yang haram untuk dilihat,,
Kenapa mahu lagi ikut undang-undang yang tidak jelas itu,,
Siapakah yang kita mahu ikuti??
Pernahkah kita terfikir,, betapa siksanya saudara islam kita ditindas,,
Betapa tabahnya hati mereka dizalimi setiap hari,,
Dibunuh, disiksa seperti binatang,, tapi apa tindakan kita,,
Hanya melihat mereka dari jauh,, tidak mampu berbuat apa-apa,,
Hanya kesedihan yang mampu disampaikan,,
Dahulu Islam mampu memayungi 2/3 dunia,,
Kerana semangat jihad mereka,,
Tapi sekarang,, ada kah lagi semangat jihad itu dihati kita sebagai umat Islam,,
Sejauh manakah iman kita,,
Cuba kita fikir-fikirkan,,
WAHAI SAUDARA-SAUDARAKU,, BANGKITLAH!!!! PERTAHANKANLAH IMAN DALAM DIRI KITA.. UNTUK BANGKITKAN ISLAM KEMBALI DI DUNIA INSYALLAH.,,
No comments:
Post a Comment