Tuesday 13 December 2011

Andai aku pergi,,,,

"jika aku mati sekarang,, cukupkah amalku untuk menempah syurga ALLAH,,

jika aku mati sekarang,, sudah terhapuskah dosa2 ku yang lalu untuk menghindarkan neraka ALLAH,,

jika aku mati sekarang,, mampukah aku menjawab soalan2 di alam kubur,,
...
jika aku mati sekarang,, sudah banyakkah sunnah Rasulullah yang aq amalkan,, mampu aku menerima syafaat dari Baginda kelak,,

jika aku mati sekarang,, mampukah aq menerima buku amalan ku dari tangan kanan ku,,

jika aku mati sekarang,, mampukah aq melintasi titian sirat kelak,,

andai TUHANKU mengambilku sekarang,, mampu aku bertemu dengan DIA dalam keadaan mulia"

wallahualam

Monday 12 December 2011

umat islam sekarang, ditembak, dibom, dibunuh,,, tapi kenapa kita masih tidak ambil kisah,, ini diibaratkan sebagai seorang abang yang hanya melihat adiknya d zalimi,,,

Adab Mendengar Azan

Itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita... ketahui. Cuba kita amati. Mengapa kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa.. lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul maut'. Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: "Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya." Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang.

Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya. Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri. Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak. Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah.." yang mana sesiapayang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah! dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka.

Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut.

"Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah "Lailahaillallah.." semasa sakaratul maut menghampirikami. Amin.. amin.. amin Yarobbal a'lamin.."

WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W. kepada SAIDINA ALI R.A.;

Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda2nya:

1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yg haram.
3) Merendahkan diri.

Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda2nya:
1) Merahsiakan ibadahnya.
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yg menimpanya.

Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda2nya:

1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.

Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda2nya:
1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.


Wang RM50 atau S$50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid, tetapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket. 45 minit terasa terlalu lama untuk berzikir tapi betapa pendeknya waktu itu untuk pertandingan bola sepak. Semua insan ingin memasuki syurga tetapi tidak ramai yang berfikir dan berbicara tentang bagaimana untuk memasukinya.

ISLAMKAH KITA?

ISLAMKAH KITA?
Peringatan buat diriku yang sering lupa........

Adakah kita seorang Islam????

... Pernahkah kita terfikir...

Hidup kita ini hanyalah sementara. Sampai masanya kita akan pergi menemui Allah. Apakah bekalan dan persediaan kita menempuh hari kematian. Dalam kita mengejar kejayaan dunia, kita sering lupa bahawa tujuan hidup kita yang sebenar.. apakah pilihan kita? Beruntunglah orang-orang yang berebut -rebut menagih ihsan dan kasih sayang Allah. Sesungguhnya keredhaan Allah yang kita cari.

Dunia yang semakin tua ini sering dilanda masalah, bermula daripada jerebu, kegawatan ekonomi, timbul pula gejala murtad... Fitnah.. gempa bumi, peperangan dan bermacam-macam lagi. Ini sebenarnya adalah ujian Allah kepada kita. Adakah kita benar-benar menginsafinya. Semua ini juga adalah bala!! Tanda kemurkaan Allah!!

Adakah kita benar-benar seorang Islam????

Maka, adakah kita fikir bahawa kejayaan kita di Universiti dapat membawa kita ke Syurga? Adakah kita fikir bahawa kejayaan kita adalah kerana usaha dan ikhtiar anda sendiri. Tidak malukah kita mengaku diri kita hebat, bijak, rajin ... walhal semuanya adalah kurnia Allah. Segala kelebihan yang ada pada kita adalah datangnya dari Allah. Apakah kita fikir Allah itu akan menyukai hambaNya yang tidak bersyukur.

Adakah kita yakin kita seorang Islam???

Jadi, mengapa kita begitu asyik mendengar lagu-lagu yang haram hukumnya di sisi Islam. Sedangkan Rabiatul Adawiyah tidak mahu melupakan Allah walau sedetik sekalipun. Hassan Basri pula menangis sampai berjujuran airmata kerana menyesal melupai Allah dalam beberapa minit. Tetapi, mengapa kita masih leka di buai muzik dan lagu-lagu yang sama sekali tidak ada dalam anjuran Islam.

Tidakkah kita berasa rugi kerana kurang berzikir kepada Allah..Tidakkah kita berasa rugi kerana kurang berselawat kepada Rasulullah... Siapa diri kita sebenarnya!!!! Firaun??? Tentu tidak.. jadi, siapa kita sebenarnya, wahai manusia yang berasal dari sekepal tanah yang hina!!!!

Apakah kita yakin kita bertuhankan Allah????

Maka, mengapa kita tidak mahu mengejar Dia... Mengapa kita masih mendedahkan aurat. Mengapa kita masih tidak mahu menuntut ilmu. Syariat, Tariqat, Hakikat, dan Makrifat. Feqah dan Tasauf... Dapatkah kita menghuraikan cabang-cabang ilmu tersebut.. Tidak malukah kita kerana gagal menghuraikannya, jauh dari mengamalkannya. Adakah kita harus mempersalahkan puak-puak kristian yang berjaya memurtadkan ribuan umat Islam jika kita sendiri gagal memperhebatkan
pertahanan diri(muhasabah diri). Ketahuilah... sesungguhnya Iblis itu amat suka kepada mereka yang tidak berilmu.. Sedarilah bahawa, kejahilan boleh menyebabkan dosa. Dosa!!! Kita tidak takut dosa. Berapa banyak amalan kita yang boleh menghapuskan dosa seharian???

Apakah kita begitu yakin utk menempuh akhirat????

Siapakah kita menjelang hari kematian? Adakah kita seorang Islam. Bersediakah kita berhadapan dengan malaikat maut. Apakah kita merasakan diri kita terlalu mulia sehingga tidak ada daya utk menjauhkan diri dari perbuatan mungkar.

Kita pergi kuliah, pergi kerja :
kita yakin kita telah menutup aurat?

Kita solat :
kita yakin solat kita tidak tercela?

Kita makan :
kita yakin rezeki yang kita jamah diredhai Allah?

Kita minum :
kita yakin di akhirat kelak kita akan dapat minum seperti yang kita minum sekarang?

Kita ketawa :
kita tidak malu pada Allah?

Kita cemerlang dalam SPM,Degree,PASCAL, LOGIK, TITAS,C++, :
kita yakin semua itu dapat membantu kita menjelangnya fitnah kubur?

Kita berpuasa :
Kita yakin puasa kita mulia sehingga dapat membela kita di hari akhirat?

Kita sihat :
kita yakin Allah muliakan kita?

Kita sakit :
kita tidak malu pada Allah kerana menarik balik nikmat kesihatan?

Siapa Kita????
kita adalah manusia yang berasal dari sekepal tanah yang hina dina.. Betapa hinanya kita... tapi,
kita masih mampu tersenyum dan tertawa. Ketahuilah bahawa, mereka yang suka berlawak jenaka akan dicampakkan ke dalam NERAKA yang paling JAUH...... sejauh bintang Surayya...

Bersedialah menempuh hari selepas kematian, bersedialah untuk menempuh sakaratul maut. Burulah cinta ALLAH, sebelum Allah menutup pintu rahmatnya. Sesungguhnya kematian itu adalah sesuatu yang PASTI!!!!

Siapa kita????
Kita adalah hambaNya.

Wallahu'alam

Sunday 11 December 2011

PERNAHKAH KITA TERFIKIR???

Pernahkah kita terfikir,, setiap kali kita hembuskan nafas dalam dunia ini
selagi itu rahmat Allah s.w.t terhadap kita tidak putus,,, tapi pernahkah kita besyukur,,
selagi kita masih bernyawa di dunia ini,, kasih sayang Allah s.w.t masih bersama kita,,
namun,, pernahkah kita mengingati Dia di hati kita,, mengucapkan zikir di lidah kita,,
setiap rezeki yang Allah s.w.t  beri kita,, pernahkah kita mengucapkan ALHAMDULILLAH,,


Pernahkah apabila kita gagal dalam sesuatu,, kita tangisi kegagalan itu,
pernahkah apabila kita ditinggalkan oleh manusia,, kita tangisi peninggalan itu,,
tapi pernahkah apabila kita meninggalkan solat,,, pernahkah kita tangisi perbuatan itu,,
fikirkanlah,,” Orang yang cintakan dunia tidak akan merasa Allah SWT, Allah SWT akan
menilai orang tersebut dengan nilaian seekor nyamuk”.
Kitab Tazkirah Awliya’.  m/s: 84-85.


Pernahkah kita terfikir masa untuk kita hidup d dunia ini adalah amat singkat,,
bagaikan seorang pengembara yang berehat sementara dibawah teduhan dan kemudian
meneruskan perjalanannya,,
Tapi pernahkah kita menggunakan masa yang diberikan itu dengan sebaiknya,,
“ Demi masa. Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman
dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk
kesabaran.”                                                                                                             (Al-‘Asr 103;1-3)


pernahkah kita terfikir,, betapa hinanya kita untuk melawan hukum Allah s.w.t,,
betapa jahilnya kita untuk tidak mengamalkan sunah Rasulullah s.a.w,,
Islam adalah cara hidup,, cara hidup Islam adalah sempurna,,
“Pada hari ini telah Aku sempurnakan agamamu dan telah Aku cukupkan nikmatKu atasmu dan
Aku redha Islam sebagai agamamu”                                                                        (Al-Maidah 5:3)
Namun,, kenapa kita masih mahu ikut lagi cara hidup yang tidak jelas itu,,
Kenapa mahu minum dan makan benda yang hukumnya haram,,
Kenapa mahu pakai pakaian yang mendedahkan sesuatu yang haram untuk dilihat,,
Kenapa mahu lagi ikut undang-undang yang tidak jelas itu,,
Siapakah yang kita mahu ikuti??

Pernahkah kita terfikir,, betapa siksanya saudara islam kita ditindas,,
Betapa tabahnya hati mereka dizalimi setiap hari,,
Dibunuh, disiksa seperti binatang,, tapi apa tindakan kita,,
Hanya melihat mereka dari jauh,, tidak mampu berbuat apa-apa,,
Hanya kesedihan yang mampu disampaikan,,
Dahulu Islam mampu memayungi 2/3 dunia,,
Kerana semangat jihad mereka,,
Tapi sekarang,, ada kah lagi semangat jihad itu dihati kita sebagai umat Islam,,
Sejauh manakah iman kita,,
Cuba kita fikir-fikirkan,,

WAHAI SAUDARA-SAUDARAKU,, BANGKITLAH!!!! PERTAHANKANLAH IMAN DALAM DIRI KITA.. UNTUK BANGKITKAN ISLAM KEMBALI DI DUNIA INSYALLAH.,,